Kepada murid tingkatan 5A1 dan 5A2...ini bekalan cuti sekolah yang cikgu dapat bekalkan. Cikgu harap 1 April 2013, latihan ini sila hantar kepada cikgu. Terima Kasih.
TINGKATAN 4 BAB 2
STRUKTUR
1. Kekuatan dan kestabilan sesebuah kerajaan seseorang pemerintah diperkukuhkan melalui perluasan kuasa dan pengaruh.
a) Namakan dua tokoh Yunani yang telah melaksanakan dasar perluasan kuasa ( 2 Markah)
b) Bagaimanakah Asoka meluaskan empayarnya? ( 2 markah)
c) Apakah usaha Shih Huang Ti mempertahankan kuasanya (4 markah)
d) Berdasarkan pengetahuan anda, bagaimanakah seseorang pemerintah itu mampu meluaskan pengaruhnya (2 markah)
ESEI
1. Tamadun China merupakan antara tamadun yang terunggul dalam peradaban sejarah dunia.
a) Bagaimanakah Shih Huang Ti mengukuhkan pemerintahannya. (4 markah)
b) Kestabilan politik menyebabkan ekonomi akan berkembang dengan pesatnya. Nyatakan sumbangan tamadun China terhadap kemajuan pertanian. ( 6 markah)
c) Jelaskan pencapaian tamadun China dalam bidang sains dan teknologi ( 10 markah)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan