Untuk kita renung-renungkan.
1.
Janganlah jadi seperti kumbang, habis madu segera terbang.
Jadilah seperti tukang kebun, bunga dijaga sesegar embun.
2.
Janganlah terlampau banyak ketawa.
kerana ia akan mengeringkan hati dan wajah akan kehil...angan serinya.
3.
Hidup berbakti mati, hidup tak berbakti pun mati.
Maka adalah lebih baik bagi kamu mencurahkan bakti.
Dengan itu matimu akan meninggalkan nama yang harum kerana bakti suci teramat bererti buat orang yang tahu menghargainya.
4.
Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit.
dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.
5.
Tidak ada seorang pun yang pernah menemui harga sebuah kehidupan.
Tetapi apa yang penting ialah kita harus membuatkan kehidupan itu berharga.
6.
Orang hanya dapat melihat kesedihan kita melalui air mata.
tetapi terlalu sukar untuk mereka menyelami penderitaan yang kita tanggungi akibat limpahan air mata itu.
7.
Hidup yang tiada pegangan umpama buih-buih sabun.
bila-bila masa ia akan pecah.
8.
Basahilah wajahmu dengan air sembahyang dan jangan sekali-kali wajah ayumu digenangi dengan airmata kecewa kerana cinta.
9.
Janganlah bercinta dengan orang yang kita cinta,tetapi bercintalah dengan orang yang mencintai kita, kerana itu akan membuatkan kita lebih bahagia.
10.
Kecantikan itu sering membuatkan kita jatuh cinta.
Tetapi tidak semua kecantikan itu dapat membahagiakan hidup kita.
11.
Kawan untuk bergembira mudah untuk dicari,
tetapi kawan untuk menangis,
itulah yang sukar ditemui.
12.
Sayangilah insan yang merindui dan menyayangi dirimu.
13.
Hidup ini ibarat lampu dinding yang dinyalakan di malam hari.
apabila minyak sudah kering, ia akan terpadam sendiri
14.
Bercinta memang mudah, untuk dicintai juga memang mudah,
tetapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai, itulah yang sukar diperolehi
15.
Ada orang anggap kita lemah.
ada pula yang menganggap kita lebih kuat daripadanya.
Tapi sekiranya kita mengaku yang kita lebih kuat daripadanya,
maka di situlah kelemahan diri kita.
16.
Ketawa ketika kesedihan adalah ketawa ketabahan.
Ketawa ketika kegembiraan adalah ketawa kemenangan,
dan tangisan ketika kesedihan adalah tangisan kekecewaan
manakala tangisan ketika kegembiraan adalah tangisan kejayaan.
17.
Sesungghnya segala ujian godaan, gangguan dan tentangan itu di izinkan Allah.
Hanya semata-mata mahu melihat kesungguhah juga untuk menetapkan wadah perjalanan kita.
18.
Jika anda tidak mahu orang mengketawakan kita.
Maka jangan lah kita mengketawakan orang.
19.
Sesungguhnya lidah tidak bertulang.
Oleh itu,
berhati-hatilah jika kita hendak mengeluarkan kata-kata agar tiada hati yang terluka.
20.
Usah dikesali apa yang terjadi.
Tapi kesali lah apa yang telah anda lakukan.