Jumaat, 1 April 2011

ELEMEN 2 KERJA KURSUS SEJARAH






INSTITUSI PENTADBIRAN
TEMPATAN:

MAJLIS PERBANDARAN
MANJUNG PERAK



MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG, JALAN PINANG RAJA, 32040 SERI MANJUNG
TEL : 05 6871363 / 05 6871365 / 05 6871310 FAKS : 05 6882102














SENARAI KANDUNGAN



ASPEK                                                                   MUKA SURAT



1.TAJUK KAJIAN

2.SENARAI KANDUNGAN

3.PENGHARGAAN

4.OBJEKTIF KAJIAN

5.KAEDAH KAJIAN

6.HASIL KAJIAN

7.RUMUSAN

8.LAMPIRAN

9.RUJUKAN
















PENGHARGAAN

Pertama sekali, saya ingin melahirkan syukur ke hadrat Allah di atas segala petunjuk dan hidayah-Nya. Alhamdulillah, Kerja Kursus Sejarah ini telah berjaya disiapkan dengan ilham, kurnia dan petunjuk yang telah dianugerahkan oleh-Nya.

            Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi besar kita Muhammad s.a.w dan kepada ahli keluarganya, seterusnya kepada para sahabat baginda dan para tabi'n, para alim ulama sehinggalah kepada sekelian hamba-hamba Allah yang mengikuti jejak langkah mereka.

Setinggi-tinggi perhargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Tuan Haji Mohd Basri Bin Hj Zamzam selaku pengetua SABK Maahad Islahiah Addiniah Bt10 Lekir  yang banyak memberi sokongan kepada para pelajarnya. Penghargaan tidak terhingga juga saya tujukan kepada Puan Rosliza Binti Ramli selaku Guru Sejarah saya yang terlalu banyak membantu, membimbing dan juga sebagai pemudahcara saya sepanjang proses menyiapkan KERJA KURSUS Sejarah  ini. Tanpa tunjuk ajar yang begitu jitu dan padu daripada beliau, mana mungkin saya akan dapat menghasilkan KERJA KURSUS SEJARAH sebaik ini.
Ucapan penuh kasih sayang juga saya tujukan buat ayah__________________________dan ibu___________________________________. terima kasih atas segalanya. Jutaan penghargaan juga diucapkan kepada semua ______________________ yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam menyiapkan KERJA KURSUS ini.
             Semoga Allah s.w.t. memberikan ganjaran pahala yang besar kepada semua hamba-hamba-Nya yang banyak membantusaya  dala menyiapkan KERJA KURSUS ini. Amin.
















OBJEKTIF KAJIAN
  1. Dapat mengenalpasti sumber-sumber sejarah yang sahih. Ini akan dapat membantu saya membuat kajian ilmiah dengan tatacara yang betul.


  1. Dapat mengetahui  secara mendalam tentang institusi pentadbiran tempatan yang terdapat di negara kita iaitu dari segi nama bangunan berkenaan ,latar belakang, peranan dan perkembangannya.


  1. Dapat mengetahui sejauh mana pengamalan nilai murni dan unsure-unsur  patriotism dalam pentadbiran institusi tempatan yang terdapat di negara kita


  1.  Melalui kajian ini juga dapat melahirkan kerjasama antara saya dengan guru, ibu bapa dan rakan-rakan dan mereka yang terlibat dengan kajian ini.


























KAEDAH KAJIAN

  1. Saya telah melayari internet untuk memperoleh maklumat yang berkaitan dengan tajuk kajian. Antara laman web yang saya layari termasuklah http://mpm.gov.my. Maklumat tersebut dimuat turun untuk dijadikan bahan rujukan.

  1. Saya juga membuat penyelidikan di Perpustakaan Awam Sitiawan. Saya merujuk beberapa sumber seperti buku berkaitan dengan bangunan-bangunan bersejarah yang terdapat di negara ini. Maklumat yang berkaitan difotostat dan disalin dalam buku catatan.
    
  1. Saya juga telah menemuramah beberapa orang sumber bagi mendapatkan maklumat-maklumat yang berkaitan.Maklumat yang perolehi itu saya salin dalam buku catatan dan dijadikan rujukan nanti semasa menyiapkan kerja kursus.  


  1. Kaedah majalah. Saya juga mencari bahan-bahan berkenaan tajuk kajian ini melalui majalah-majalah yang berkaitan.
























1 Institusi Pentadbiran Tempatan
   Majlis Perbandaran Manjung
 
2 Latar Belakang:

ASPEK PERINCIAN
i.                    Nama rasmi / Nama ringkas / Nama lain
ii.                  Lokasi
iii.                Matlamat / Objektif / Misi / Visi penubuhan
iv.                Carta organisasi dan senarai pentadbir
ü  Sejarah penubuhan (Asal usul /Tarikh /Pengasas)
ü  Undang-undang tubuh / Undang-undang kecil / Garis panduan penubuhan
ü  Perincian peranan / Tanggungjawab bidang tugas pentadbir
ü  Cara pelantikan pentadbir tempatan

3 Peranan:

(Pilih mana-mana empat aspek)

- Ekonomi
- Pendidikan
- Keagamaan
- Kemasyarakatan
- Kebudayaan
- Perayaan
- Pelancongan
- Kebajikan

4 Perkembangan:

(Pilih mana-mana empat aspek)

- Sumber kewangan
- Pembangunan prasarana / Fizikal
- Keistimewaan / Kelebihan / Keunikan
- Kemajuan yang dicapai
- Pengiktirafan / Penghargaan
- Cabaran yang dihadapi
- Perancangan masa hadapan
- Saranan dan harapan




RUMUSAN
Bertitik tolak daripada kajian yang saya lakukan ini terdapat beberapa unsur patriotisme yang saya perolehi.Melalui tajuk kajian yang telah saya siapkan ini menjadikan saya seorang yang bersyukur dan menghargai keamanan dan kesejahteraan negara kita walaupun negara Malaysia adalah sebuah negara yang memiliki penduduk yang berbilang kaum, agama dan bangsa.

Kajian sejarah ini didapati dapat membantu saya sebagai pelajar mengetahui dengan lebih mendalam tentang peranan yang sentiasa dimainkan oleh institusi pentadbiran setempat yang terdapat di negara ini.

            Maklumat yang berjaya dikumpul telah memberi pendedahan betapa kita perlu serta menghargai dan berbangga dengan institusi pentadbiran tempatan yang terdapat di negara ini . Rasa bangga terhadap sejarah negara juga haruslah  dikongsi secara bersama di kalangan penduduk negara ini. Keadaan ini akan menjamin keamanan negara dan kita perlulah bersyukur dengan keharmonian yang dinikmati.

            Nilai murni seperti sabar dan bekerjasama ketika menyiapkan kerja kursus merupakan pendedahan yang berguna kepada saya untuk masa depan.

Sebagai rakyat Malaysia saya berbangga dengan negara saya kerana di negara ini terdapat pelbagai institusi pentadbiran tempatan yang sama-sama mengembelingkan tenaga bagi membangunkan sebuah negara yang merdeka. Kekalkan kemerdekaan Malaysia kerana saaya amat menyayangi negara Malaysia. Salam Satu Malaysia.
           















LAMPIRAN

Gambar, peta, dokumen dan bahan-bahan lain yang berkaitan.

Tulis kapsyen di bawah setiap bahan lampiran yang disertakan.



RUJUKAN

Rujukan hendaklah ditulis dengan format yang betul.

kerja kursus sejarah 2011 elemen 3

Tulis satu esei tidak kurang daripada 100 patah perkataan yang mengandungi pengamalan unsur patriotisme berdasarkan soalan di bawah. 
Soalan: 
Bagaimanakah institusi pentadbiran tempatan dapat memperkukuh integrasi nasional di negara kita?
  
 PENDAHULUAN
Tidak dapat dinafikan bahawa intitusi pentadbiran tempatan, misalnya Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah,  memainkan peranan yang tidak kurang penting dalam menjana integrasi nasional di negara kita. Dalam pentadbiran institusi tempatan, elemen-elemen patriotisme hendaklah dihayati dan diterapkan demi menyatu padukan rakyat. 

ISI
1.              bertolak ansur dan bertoleransi dalam pentadbiran
Misalnya, sebarang masalah yang dihadapi oleh orang awam hendaklahditangani dengan senyuman tanpa mengira warna kulit. Apabila tiada diskriminasi perkauman, maka wujudlahperpaduan nasional
2.      kakitangan awam tempatan hendaklah bertanggungjawab kepada bangsa dan negara dalam apa-apa jua dalam pengurusan dan pentadbiran.
Dalam hal ini, kakitangan awam tidak harus terjebak dalam kancahrasuah. Hal ini demikian kerana rakyat memang benci akan korupsi dan pecah amanah. Jika rasuah dihapuskan,maka rakyat akan mencintai negara serta hidup bersatu padu
3.              sebarang masalah yang dihadapi rakyat patut menjadi prioriti pihak intitusi pentadbiran tempatan.
Dengan erti kata lain, pihak berkuasa haruslah peka dan sensitif akan masalah yang dihadapi orang awam.Apabilamasalah masyarakat tidak wujud, maka masyarakat akan hidup bersatu padu bergabung tenaga dan menyumbang idea dalam mengatasi masalah sosial yang semakin teruk .
Jikalau , semuabersatu padu danberharmoni maka selesailah masalah sosial sebegini . Apatah lagi , apabila wujudnya keharmonian antara kedua pihak yang berlainan , sudah pasti integrasi nasional dapatmengecapi kejayaan .

5.    kakitangannya perlu bersifat amanah dan jujur.
Sebarang tindakan haruslah diadili secara adil dan saksama tanpa berat sebelah  .Contohnya , sebelum mengeluarkan saman , seseorang pegawai itu sepatutnyamengetahui undang ± undang tempatan serta mengenakan saman yang relevan danmunasabah . Dengan ini , rakyat jelata sanggup berganding bahu dengan pihak berkenan ,secara tidak langsung wujudlah perasaan cinta akan bangsa dan Negara .Meskipun , sektor awam juga sebenarnya memainkan peranan yang penting dalammeningkatkan integrasi nasional di Negara kita .
6.    Sektor awam haruslah menghormati raja dan pemimpin Negara ataupun lebih dikenali sebagai pemangku Negara .
 Perubahan ini atau dengan pengamalan amalan ini dapat menyedarkan rakyat jelata agar menghormatiraja dan pemimpin Negara . Hal ini demikian , kerana menjadi asas kepada kemajuanmemperkukuh integrasi nasional di Negara kita .

7.    Seterusnya, pengamalan sikap bertolak ansur dan bertoleransi dalam pentadbiranmasing-masing perlu diamalkan .
 Misalnya sebarang masalah yang dihadapi oleh orangawam atau rakyat jaelata haruslah ditangani dengan segera tanpa melengah-lengahkanmasa dan mengira warna kulit  .  Apabila , tiada diskriminasi perkauman , maka lahirlahintegrasi nasional yang kukuh

Kesimpulan
unsur - unsur patriotisme harus diterapkan dalam institusi pentadbiranbagi menjamin rakyat bersatu padu dan berharmoni



Sabtu, 23 Oktober 2010

Subjek Sejarah Wajib Lulus SPM

Subjek Sejarah wajib lulus SPM


NAJIB Tun Razak bersama Muhyiddin Yassin berjalan keluar dari Dewan Merdeka sambil bersalaman dengan orang ramai selepas berakhirnya Perhimpunan Agung UMNO 2010 di PWTC, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 23 Okt. – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan mata pelajaran Sejarah akan dijadikan subjek wajib lulus di peringkat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai 2013.
Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, keputusan itu adalah sama seperti langkah menjadikan mata pelajaran Bahasa Malaysia sebagai syarat untuk mendapatkan sijil SPM.
‘‘Selaras dengan pandangan yang telah dikemukakan oleh sebahagian besar jurucakap dalam Perhimpunan Agung UMNO kali ini, saya ingin mengumumkan bahawa Kementerian Pelajaran memutuskan menjadikan mata pelajaran Sejarah sebagai subjek wajib lulus.
‘‘Pada masa ini di peringkat sekolah menengah, ia adalah mata pelajaran yang wajib diambil oleh setiap pelajar tetapi tidak wajib lulus,’’ katanya ketika menggulung perbahasan pada perhimpunan berkenaan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.
Menurut Muhyiddin, 2013 dipilih bagi melaksanakan langkah itu berikutan kementerian memerlukan masa untuk melatih guru dan menyediakan pelajar bagi menghadapi sistem baru berkenaan supaya mereka tidak terkejut.
Dalam perkembangan berkaitan, Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata, selaras dengan pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) bagi menggantikan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR), maka mata pelajaran Sejarah akan dijadikan subjek teras di sekolah rendah mulai 2014.
‘‘Seperti yang telah dibangkitkan oleh wakil Perak dan Kedah, di peringkat sekolah rendah pada masa ini elemen sejarah hanya diajar melalui mata pelajaran Kajian Tempatan,’’ katanya.
Dalam pada itu, beliau turut mengumumkan langkah menggantikan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dengan kaedah pentaksiran berasaskan sekolah akan dimulakan pada 2014 iaitu dua tahun lebih awal daripada tarikh asal ditetapkan.
‘‘Kita akan mulakan lebih awal kerana ada tuntutan daripada perwakilan UMNO supaya ia disegerakan tetapi kita perlu ada tempoh masa untuk menyiapkan usaha bagi melatih semula guru dan sebagainya,” katanya.
Mengenai langkah meningkatkan jumlah pelajar yang mengikuti pendidikan teknik dan vokasional, beliau berkata, peruntukan pembangunan sebanyak RM340 juta untuk tujuan itu di dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) adalah tidak mencukupi dan akan ditambah pada masa depan.
Selain itu juga, katanya, kerajaan akan menambah dua sekolah menengah pendidikan vokasional khusus untuk pelajar kurang upaya pendengaran, penglihatan dan yang menghadapi masalah pembelajaran.
Tambah beliau, kerajaan juga akan meneliti saranan Pergerakan Wanita UMNO ketika perhimpunan itu supaya kerajaan mengkaji semula keseluruhan sistem pendidikan negara.
‘‘Saya bersetuju bahawa sudah sampai masanya satu laporan baru dikeluarkan tentang cara kita menambah baik sistem pendidikan negara pada masa akan datang,’’ katanya.

Utusan Malaysia
24 Okt 2010

Sabtu, 14 Ogos 2010

Batalkah Puasa Jika...

Perkara yang membatalkan puasa, sewajarnya ditumpukan kepada hukum yang disepakati terlebih dahulu. Justeru, larangan yang disepakati tatkala puasa adalah:-

1. Menahan nafsu syahwat dengan menanggung lapar dan dahaga. Melanggarnya dengan sengaja adalah membatalkan puasa.

2. Menahan diri dari bersetubuh dengan isteri di siang hari dengan niat ikhlas ibadat kerana Allah. Melakukannya adalah membatalkan puasa.

Inilah yang dijelaskan dari al-Quran dan as-sunnah, selain itu WAJIB juga menjauhi kata-kata nista, bohong, mengumpat, cercaan dan lain-lain dosa anggota demi kerana Allah. Ia disebut di dalam ayat al-Baqarah : 187 dan disokong oleh hadith-hadith yang banyak. Merokok, keluar darah haid atau nifas dan hilang aqal adalah dipersetujui secara sepakat ulama membatalkan puasa.

Adapun beberapa perkara yang tidak disepakati, ia masih boleh diperbincangkan, cuma jangan sampai ia mengambil perhatian utama kita apabila berada di dalam Ramadhan sehingga menyimpangkan kita dari objektif Ramadhan.

Sebagai panduan, berikut disertakan beberapa hukum secara ringkas berkaitan puasa yang kerap ditanya oleh orang ramai :-

1) Darah keluar dari tubuh

Samada untuk berbekam, ambil darah pesakit, menderma darah, tercedera, darah dari hidung, tangan dan lain-lain. Hukumnya : Tidak batal puasa kerana yang membatalkan adalah yang masuk ke tubuh melalui saluran terbuka hingga ke perut dan bukannya ‘yang keluar' dari tubuh. (As-Siyam Muhdathatuhu wa hawadithuhu, Dr Muhd ‘Uqlah, hlm 215). Manakala pandangan pembatalan puasa dengan berbekam yang berdalil hadith riwayat Abu Daud dan Ibn Majah dengan sanad sohih menurut Imam An-Nawawi, ia telah di pinda (nasakh) dengan hadith dari Ibn Abbas yang menyebut Nabi SAW berbekam dalam keadaan baginda berpuasa. (Riwayat Al-Bukari, 3/43) kerana hadith dari Ibn Abbas ini berlaku tatkala Haji Wida' dan terkemudian dari hadith yang menyebut batal kerana bekam. (Tasysir al-Fiqh, Qaradawi, hlm 90). Malah ini juga padangan majority mazhab kecuali Hanbali. ( Bidayatul Mujtahid, 1/247)

2) Memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka dan dikeluarkan kembali tanpa sampai ke perut dan yang seumpamanya di bahagian kepala.

Ia seperti memasukkan alat tertentu ke dalam kemaluan wanita atau dubur ketika proses perubatan yang berkaitan, demikian juga memasukkan jari ke dalam hidung, telinga, mulut dan dubur.

Hukumnya : Tidak membatalkan puasa kecuali jika alatan itu dibiar tinggal di dalam kemaluan tadi, kerana illah @ faktor penyebab batal puasa adalah masuknya sesuatu berfizikal ke perut. Terkecuali juga, wanita atau lelaki yang memasukkan jarinya ke dubur atau kemaluannya dengan tujuan nafsu, maka ia membatalkan puasa, tetapi jika tujuan istinja' atau membasuhnya maka hukum yang lebih kuat menurut para ulama adalah tidak batal. (As-Siyam, Dr Md ‘Uqlah, hlm 211).

Ini juga dipersetujui oleh Syeikh Atiyyah Saqar yang mengatakan masuk sesuatu ke telinga dan hidung yang tidak sampai ke perut atau bahagian otak adalah tidak membatalkan puasa. (Min Ahsanil Kalam fil Fatawa). Tidak dinafikan terdapat fatwa yang mengatakan batal, justeru, nasihat saya adalah lebih baik menjauhinya kiranya tiada tujuan yang agak mendesak. Kerana menjauhi yang khilaf (perbezaan pendapat) itu lebih baik.

3) Pil elak haid untuk puasa penuh

Harus dengan syarat tidak membawa mudarat kepada pusingan haidnya, dan memerlukan nasihat doktor Islam yang berwibawa. Namun yang terbaik adalah tidak menyekat haid, dan tidak menganggu kitaran fitrah yang telah ditentukan oleh Allah swt. selain itu wanita sedang haid juga masih boleh melaksanakan pelbagai jenis ibadah.

4) Penyembur gas untuk pesakit lelah

Baru-baru ini pada bulan Julai 2007, Persidangan Majlis Fiqh Antarabangsa di Putrajaya ada membincangkan isu ini. Tidak dinafikan ia satu isu yang amat kerap dibincangkan oleh para ulama seantero dunia dan mereka berbeza pandangan apabila sebahagian menyatakannya batal dan sebahagian lain menolak.

Menurut kajian terperinci bantuan para doktor, mendapati gas semburan itu punyai jisim-jisim putih yang jelas kelihatan jika di sembur di atas kertas. Selain itu, hampir 90 % darinya akan terus masuk ke tekak dan melekat di esophagus dan terus ke perut. Ini bermakna ianya jisim-jisim gas itu masuk ke perut setiap kali semburan. Justeru sudah pasti ia membatalkan puasa. Demikian pandangan awal dari Majlis Fiqh Antarabangsa yang bersidang Juali 2007 baru-baru ini.

Pun begitu, kemudiannya mereka menarik balik keputusan mereka untuk dibincangkan lebih terperinci dalam persidangan akan datang. Bagaimanapun para ulama masih perlu bergantung kepada makumat jelas dari para doktor bagi memberikan fatwa tepat kerana Syeikh At-Tantawi, Syeikh Dr Muhd ‘Uqlah, menyebut hukumnya tidak batal kerana gas itu hanya terhenti di paru-paru dan tidak masuk ke perut. Manakala, ubat lelah jenis hidu melalui hidung adalah membatalkan puasa kerana ia akan masuk ke bahagian kepala. (As-Siyam, Dr Md Uqlah, hlm 226)

Namun jelas para ulama berhati-hati dalam memberikan keputusan dalam hal ini kerana menyedari walaupun serbuk-serbuk dari inhaler tersebut boleh memasuki ruang perut, namun ia adalah satu keperluan buat pesakit athma dan tidak pula dilaksanakan secara saja-saja, bukan pula kerana nafsu lapar.

5) Suntikan ke dalam tubuh melalui tangan, kaki selain rongga terbuka yang asal

Terdapat dua jenis : samada untuk berubat atau untuk menguatkan. Jika ia digunakan untuk mengurangkan demam, bius, pain killer dan apa jua tujuan asas perubatan, ia disepakati tidak membatalkan puasa (Al-Qaradawi, hlm 100 ; ‘Uqlah , hlm 226).

Demikian juga hukumnya suntikan kalsium dan sebagainya untuk kekuatan badan demi perubatan. Berkenaan suntikan makanan, air seperti glukos dan sepertinya untuk tujuan perubatan; para ulama sekali lagi berbeza pandangan : Pandangan majoriti adalah : Tidak membatalkan puasa kerana ia tidak masuk ke dalam tubuh melalui rongga terbuka dan ia tidak mengenyangkan serta tidak bercangah dengan hikmah puasa. Ia adalah fatwa oleh Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi, Syeikh Md Bakhit, Syeikh Abd Rahman Taj, Syeikh Ahmad As-Syurbashi, Keputusan Lajnah Fatwa Azhar tahun 1948 (Taysir Al-Fiqh As-Siyam, hlm 100; Fatawa Syar'iyyah, hlm 268 ; Yasalunaka, 5/53 dll ).

Bagaimanapun, suntikan jenis makanan ini membatalkan puasa terutama jika dilakukan secara sengaja untuk melarikan diri dari ujian keletihan lapar dahaga puasa.

6) Berkumur-kumur dan air masuk ke rongga hidung semasa wudhu.

Tidak membatalkan puasa, cuma jika berlebihan berkumur ulama Syafie mengatakannya terbatal. Justeru, jauhilah berlebihan di ketika puasa dalah lebih baik. Ia berdasarkan hadith : "Sempurnakan wudhu , basuhlah celah-celah jari jemarimu, dan lebih-lebihkan menyedut air ke hidungmu kecuali tatkala kamu berpuasa ( Riwayat Abu Daud , no 142 ; At-Tirmidzi, 788 ; Al-Hakim, Sohih menurut Ibn Khuzaymah, Ibn Hibban & Al-Hakim dan dipersetujui oleh Az-Zahabi ; albani ; Sohih).

7) Melakukan Maksiat seperti tidak solat.

Tidak batal puasa menurut majoriti mazhab dan ulama. Akan tetapi dosa maksiat itu akan ditanggung berasingan mengikut jenis maksiat, malah mungkin bertambah besar dosanya kerana mencarik kehormatan Ramdhan. Pahala puasanya pula akan terhapus Selain itu, ia juga mencarikkan keseluruhan tujuan berpuasa iaitu bagi melahirkan insan taqwa dan jauh dari maksiat. (Qaradawi, hlm 104) Nabi bersabda : "Barangsiapa sempat bertemu Ramadhan dan tidak diampun dosanya, maka semakin jauh ia dengan Allah" (Riwayat Ibn Hibban)

8) Mencium lelaki dan wanita semasa berpuasa.

Mencium isteri atau suami tatkala berpuasa, tidak batal menurut majoriti ulama. Ia berdasarkan beberapa dalil antaranya :-

كان رسول اللَّهِ يُقَبِّلُ وهو صَائِمٌ وَيُبَاشِرُ وهو صَائِمٌ وَلَكِنَّهُ كان أَمْلَكَ لِإِرْبِهِ

Ertinya : "Nabi S.a.w mencium dan bermesra (dengan isterinya) dalam keadaan ia berpuasa, tetapi baginda adalah seorang yang menguasai diri dan nafsunya" (Riwayat Abu Daud, 2/311 ; Syuaib arnaout : Sohih)

Dan satu lagi adalah : -

فجاء شاب فقال أقبل يا رسول الله وأنا صائم قال لا قال فجاء شيخ فقال أقبل وأنا صائم قال نعم قال فنظر بعضنا إلى بعض فقال النبي قد علمت لم نظر بعضكم إلى بعض إن الشيخ يملك نفسه رواه أحمد والطبراني في الكبير وفيه ابن لهيعة وحديثه حسن وفيه كلام

Ertinya : Kami bersama Nabi tiba-tiba didatangi oleh seorang pemuda dan bertanya : Aku berpuasa dan aku mencium isteriku, jawab nabi : Jangan ; tiba-tiba datang seorang tua dan bertanya soalan yang sama : Jawab nabi : Ye ( tiada masalah) ; kami kami saling berpandangan antara satu sama lain, maka nabi berkata :- "aku tahu apa mengapa kamu saling berpandangan antara satu sama lain, sesungguhnya orang tua mampu mengawal dirinya (nafsu)" (Riwayat Ahmad dan At-Tabrani, sanad terdapat Ibn Lahi'ah yang diperkatakan tentangnya, menyebabkan hadis dianggap dhoif).

Al-Qaradawi pula menambah "berapa ramai orang tua zaman sekarang yang turut tidak mampu mengawal nafsunya " (Fiqh As-Siyam, hlm 106 ) Kesimpulannya, ia tidak membatalkan puasa dan ciuman sebegini tidak harus jika ia boleh membawa mudarat seperti menaikkan nafsu dan boleh membawa kepada persetubuhan di siang hari ramadhan.

9) Wanita tamat haid

Wanita tamat haid pada waktu malam dan sempat niat pada waktu malamnya sebelum naik fajar subuh. Ia dikira sah walaupun belum mandi hadas. Jika ia tidak sempat berniat sebelum fajar subuh, seperti belum makan dan minum apa-apa pada pagi itu, kemudian pada jam 8 pagi haidnya kering, ia tidak dikira boleh berpuasa pada hari itu kerana tiada niat bagi puasa wajib boleh dibuat selepas terbit fajar. Demikian juga ditegaskan oleh majoriti ulama (Al-Mughni, Ibn Quddamah, 4/201) Dalilnya adalah:-

من لم يُجْمِعْ الصِّيَامَ قبل الْفَجْرِ فلا صِيَامَ له

Ertinya : "Barangsiapa yang tidak berniat untuk puasa sebelum fajar, tiada puasa (wajib) baginya" ( Riwayat Abu Daud, 3/108 ; Albani : Sohih )

10) Keluar air mazi

Air mazi adalah air yang keluar dari kemaluan lelaki atau perempuan kerana naik syahwat. Banyak persoalan berkenaan keluarnya air mazi semasa berpuasa, samada ia membatalkan puasa atau tidak.? Zahir dalam mazhab Hanbali menyatakan, ia membatalkan puasa. Bagaimanapun mazhab Hanafi, Syafie, Awzai'e, Hasan albasri, As-Sya'bi dan Imam Ahmad dalam satu pendapatnya berfatwa keluarnya air mazi tidak membatalkan puasa. Saya lebih cenderung dengan pendapat ini.

11) Keluar air mani tanpa setubuh.

Mencium dan menyentuh sehingga keluarnya mani dengan syahwat adalah membatalkan puasa dan wajib qadha, ia adalah disepakati oleh seluruh ulama.

Adapun keluarnya air mani hanya kerana berfikir lucah dan melihat dengan syahwat, ia tidaklah batal menurut sebahagian ulama termasuk mazhab Syafie, Hanafi. (Al-Mughni, 4/159) Manakala mazhab Hanbali dan Maliki mengatakannya batal.

Walau bagaimanapun, saya lebih cenderung dengan pendapat yang mengatakannya batal kerana ia benar-benar bercanggah dengan tujuan dan maqasid puasa dalam Islam. Selain itu, ia juga adalah sama dengannya keluar mani kerana sentuhan. Keluar air mani kerana bermimpi di siang hari Ramadhan atau kerana sakit tertentu. Sepakat ulama menyatakan ia tidak membatalkan puasa.

12) Menelan air liur dan kahak

Ia tidak membatalkan puasa disebabkan terlalu sukarnya untukmenjaga hal seperti ini. (Al-Mughni, Ibn Quddamah, 4/159). Manakala Kahak yang selagi ia belum sampai ke anggota mulut (sebelah hadapan lidah), iaitu masih berada pada had tekak maka tidak membatalkan puasa jika ditelan. Kerana ia masih tidak keluar daripada anggota zahir. Kahak yang sudah sampai pada mulut, inilah yang menjadi khilaf adakah membatalkan puasa atau tidak. Ada pendapat yang mengatakan batal dan ada pendapat yang mengatakan tidak batal. Sebahagian ulama berpendapat HARAM menelannya dengan sengaja kerana ia adalah kotoran. Jadi, kesimpulan yang terpilih adalah kahak yang sampai ke mulut haram ditelan dan kebanyakan ulama menyatakan ia membatalkan puasa. Manakala yang berada di bahagian pangkal lidah dan tekak, jika ditelan tidak membatalkan puasa.

13 ) Mandi.

Tiada masalah untuk orang berpuasa mandi, ia tidak membatalkan puasa. Dalilnya adalah hadis yang menunjukkan Nabi s.a.w mengizinkan orang yang junub mandi selepas waktu subuh. Ibn Abbas juga pernah disebutkan mandi ketika berpuasa. Kecuali seseorang mandi sambil mencuri minum sebagaimana yang mungkin dilakukan oleh para remaja dan lainnya, maka ia batal kerana minum dan bukan mandi itu sendiri.

14) Berniat berbuka atau membatalkan puasa sebelum waktu.

Tindakan sebegini adalah membatalkan puasa menurut mazhab Syafie, Hanbali dan Hanafi. Cuma jika dengan segera seseorang itu kembali berniat dan membetulkan niatnya tadi, puasa tidak terbatal. Justeru, seluruh individu berpuasa wajib menjaga niatnya agar tidak terpesong untuk membatalkannya. Imam Ibn Quddamah menolak pandagan yang mengatakan tidak batal kerana ibadah itu adalah berdasarkan niat seperti solat juga yang akan terbatal jika berniat membatalkannya. (Al-Mughni, 4/175)

Sekian

copy dari Ustaz Zaharuddin Abd Rahman www.zaharuddin.net

Selasa, 3 Ogos 2010

JIKA ISTERI MENANGIS DIHADAPANMU

Jika isteri menangis dihadapanmu….
“hargai lah ia sblm terlewat…”
Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..
Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kacuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.
Wahai suami2, jika seorang istri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam …
Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.
Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?
Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”
Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..
SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .
PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..
Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.
Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal…
Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…
Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI2 yg soleha dan SUAMI2 yang kamu kenal agar mereka tidak lupa bahwa ISTERI mrk begitu berHARGA… Dan sangat berHARGA.